Kelas Fizikal Dibuka 4 Januari!

 






NOTIS PENTING

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN PARA PELAJAR

1) Sebarang pendaftaran dan rundingan boleh dilakukan dengan menghadirkan diri ke cawangan kami atau klik di sini untuk pertanyaan atas talian. Semua kelas KELAS FIZIKAL akan BERMULA pada 4 JANUARI 2021. Walaubagaimanapun kelas online tetap berjalan seperti biasa dengan kadar yuran yang sama. Boleh dapatkan modul para pelajar di Pusat Tuisyen. 

    2)  Pendaftaran ONLINE boleh dilakukan dengan mengisi Google Form. Klik di sini untuk daftar. 

    3) Hanya pendaftaran yang AWAL, LENGKAP DAN PEMBAYARAN PENUH sahaja  diterima dan dianggap berdaftar.

    4) Pelajar yang TELAH BERDAFTAR akan dimasukkan ke dalam Group Whatsapp. Yuran hendaklah  dijelaskan pada minggu pertama pada setiap bulan

                        Sebagai contoh, "Yuran Bulan Mac, perlu dibayar pada awal Bulan Mac

    5) Jadual LENGKAP kelas boleh klik di sini atau boleh didapati di Pusat Tuisyen.

    6) Kerjasama dan perhatian pihak ibu bapa dan pelajar sepanjang proses pendaftaran amat kami hargai.


        PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


  1.     Semua pelajar dikehendaki untuk memakai pakaian yang bersesuaian
  2.    Pembayaran hendaklah dibuat secara transaksi bank selewat-lewatnya pada 5 haribulan setiap bulan. Kegagalan untuk membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar dikecualikan untuk masuk ke kelas
  3.     Pelajar harus menunjukkan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Sebarang aktiviti tidak bermoral dilarang sama sekali seperti merokok, vaping dan dating
  4.      Pelajar harus menepati masa dan tiba 10 minit sebelum kelas dimulakan.
  5.     Sekiranya pelajar menyebabkan sebarang kerosakan pada harta benda di Pusat Tuisyen, ibu bapa atau penjaga harus bertanggungjawab untuk pampasan termasuk kos pembaikan sepenuhnya
  6.    Pelajar tidak boleh menyebabkan kerosakan pada meja IT dan kemudahan lain yang disediakan
  7.     Buku kerja, modul dan lembaran tugas yang disediakan oleh Pusat Tuisyen hendaklah disimpan dengan baik dan rapi.
  8.      Pelajar seharusnya bersikap sopan, hormat terhadap guru.
  9.   . Sebarang perubahan butiran maklumat pelajar seperti perubahan alamat, nombor telefon dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pusat tuisyen
  10.     Penggunaan telefon bimbit di dalam  kelas adalah dilarang sama sekali. Pusat tuisyen tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan harta benda yang bernilai.


p

Comments

Popular posts from this blog