Terma dan Syarat

 TERMA DAN SYARAT ARENA TUITION CENTRE, JALAN SUARASA, BTHO

1) POLISI PENDAFTARAN

1) Sebarang pendaftaran dan rundingan boleh dilakukan dengan menghadirkan diri ke cawangan kami atau klik di sini untuk pertanyaan atas talian.

    2)  Pendaftaran ONLINE boleh dilakukan dengan mengisi Google Form. Klik di sini untuk daftar. 

    3) Hanya pendaftaran yang AWAL, LENGKAP DAN PEMBAYARAN PENUH sahaja  diterima dan dianggap berdaftar.

    4) Pelajar yang TELAH BERDAFTAR akan dimasukkan ke dalam Group Whatsapp. Yuran hendaklah  dijelaskan pada minggu pertama pada setiap bulan

                        Sebagai contoh, "Yuran Bulan Mac, perlu dibayar pada awal Bulan Mac

    5) Jadual LENGKAP kelas boleh klik di sini atau boleh didapati di Pusat Tuisyen.

    6) Kerjasama dan perhatian pihak ibu bapa dan pelajar sepanjang proses pendaftaran amat kami hargai.


      2) JADUAL WAKTU DAN KUMPULAN

   Semua pihak ibu bapa akan dibekalkan jadual waktu pelajar mengikut kelas yang dipilih. Dapatkan di kaunter pendaftaran secara hardcopy atau softcopy melalui whatsapp di talian 010-2369918

 

      3) SENARAI HARGA SUBJEK

    Klik di sini

 

4) YURAN PENDAFTARAN

Klikdi sini

 

5) CUTI UMUM

-       Tiada kelas ganti sekiranya cuti umum.


6) METHOD PEMBAYARAN

-       Pihak Pusat Tuisyen HANYA menerima bayaran secara atas talian.

-       TIADA PEMBAYARAN TUNAI.

  Mulai 1 JAN 2021, TIADA LAGI PEMBAYARAN SECARA TUNAI DI KAUNTER. SEMUA PEMBAYARAN HENDAKLAH ATAS TALIAN.  

-       Mana mana ibubapa yang membayar secara online perlu whatsapp bukti pembayaran di talian 010-2369918.

 

7MAKLUMAT SEMASA PUSAT TUISYEN

Semua ibubapa akan dimasukkan ke dalam satu group whatsapp bagi memudahkan capaian maklumat dari pihak pengurusan

 

8     8) PEMBAYARAN YURAN BULANAN

-       Setiap pelajar akan dibekalkan Kad Yuran berwarna kuning. Setiap kali pembayaran dibuat, hendaklah mendapatkan pelekat dan tandatangan staff di kaunter, baik melalui tunai/atas talian

-       Yuran Bulanan mesti dilunaskan selewat-lewatnya pada 7HB SETIAP BULAN.

-       Segala pembayaran yang didepositkan ke akaun pusat tuisyen/di kaunter pendaftaran tidak akan dikembalikan

Kad Yuran Bulanan



 9)  DISPLIN DAN KEHADIRAN PELAJAR

-       Setiap pelajar WAJIB mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pusat Tuisyen.

-       Kehadiran pelajar juga akan direkodkan setiap kali masuk ke kelas. Diharapkan semua pelajar dapat hadir ke dalam kelas tepat pada waktunya.

-       Pihak Pusat Tuisyen berhak mengeluarkan pelajar yang melanggar peraturan, mempunyai masalah displin atau melibatkan diri dengan aktiviti jenayah.

 

     10 )   REKOD KEMAJUAN PELAJAR


 

Kad Kemajuan Pelajar

-       Ujian Prestasi Pelajar akan dijalankan pada 4 kali setahun. Pastikan anak-anak Tuan/Puan menduduki semua Ujian Prestasi berkenaan kerana akan direkodkan dalam Kad Prestasi Kemajuan Pelajar

 

-       Report Card Day akan dijalankan sekitar bulan Jun 2021

 

-       Pihak Pusat Tuisyen memohon kerjasama Tuan/Puan untuk menghadirkan diri ke majlis Report Card Day ini bagi membincangkan prestasi dan kemajuan perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa.

 

-       Pihak Pusat Tuisyen sentiasa mengharapkan kerjasama dari semua pihak ibubapa/penjaga demi kebaikan dan kecemerlangan para pelajar. Sekiranya terdapat pelajar yang terlalu lemah dan tidak mampu mengikuti kelas biasa, anak-anak Tuan/Puan akan dinasihatkan untuk mengikuti Kelas Khas bagi membolehkan perkembangan mereka tidak terjejas dan mampu bersaing dengan pelajar yang lain.

 

 

1   MODUL BULANAN (NOTA RINGKAS & LATIH TUBI)

 

-       Setiap pelajar akan dibekalkan Modul Bulanan yang mengandungi Nota Ringkas dan soalan latihtubi sebagai panduan guru dan para pelajar di dalam kelas.


11) PERATURAN & DISPLIN

  1.     Semua pelajar dikehendaki untuk memakai pakaian yang bersesuaian
  2.    Pembayaran hendaklah dibuat secara transaksi bank selewat-lewatnya pada 7 haribulan setiap bulan. Kegagalan untuk membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar dikecualikan untuk masuk ke kelas
  3.     Pelajar harus menunjukkan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Sebarang aktiviti tidak bermoral dilarang sama sekali seperti merokok, vaping dan dating
  4.      Pelajar harus menepati masa dan tiba 10 minit sebelum kelas dimulakan.
  5.     Sekiranya pelajar menyebabkan sebarang kerosakan pada harta benda di Pusat Tuisyen, ibu bapa atau penjaga harus bertanggungjawab untuk pampasan termasuk kos pembaikan sepenuhnya
  6.    Pelajar tidak boleh menyebabkan kerosakan pada meja IT dan kemudahan lain yang disediakan
  7.     Buku kerja, modul dan lembaran tugas yang disediakan oleh Pusat Tuisyen hendaklah disimpan dengan baik dan rapi.
  8.      Pelajar seharusnya bersikap sopan, hormat terhadap guru.
  9.   . Sebarang perubahan butiran maklumat pelajar seperti perubahan alamat, nombor telefon dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pusat tuisyen
  10.     Penggunaan telefon bimbit di dalam  kelas adalah dilarang sama sekali. Pusat tuisyen tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan harta benda yang bernilai.


 

Comments

Popular posts from this blog